Teknik Bersolek
Bersolek bermaksud mendandan diri dengan kemas agar kelihatan ceria dan tampil menawan. Ada yang menggunakan alat mekap yang ringkas, malah ada juga yang menggunakan pelbagai warna dan jenama mahal yang sesuai dengan kulit dan warna muka.
Bersolek bukan sekadar menempek alat mekap pada wajah tetapi dengan pemilihan warna yang betul, anda bukan saja kelihatan cantik tetapi secara tidak langsung anda juga yakin dengan penampilan diri.
Perkara asas yang perlu anda tahu, apakah warna-warna yang paling sesuai. Ada dua kumpulan warna – kumpulan warna sejuk dan kumpulan warna panas. Selepas memastikan kumpulan warna yang menyerlahkan lagi penampilan anda, pemilihan alat solekan yang betul juga harus diambil kira. Kerana solekan seharusnya memberikan kesan positif pada metabolisme kulit dan membantu memperbaiki keadaan kulit.
Solekan bermula dengan membasuh wajah sebelum menyegar dan melembab. Kemudian bedak asas disapukan mengikut kesesuaian kulit si pemakai. Dalam memilih bedak asas, anda harus bijak.Pilih warna yang terdekat dengan garis rahang bukan telapak tangan atau tangan.
Memakai bedak asas juga memerlukan berus atau span yang sesuai bukan menempeknya dengan tangan. Jangan letak lima titik di dagu, dahi, hidung dan kedua belah pipi kerana ia akan nampak bertompok-tompok disebabkan bedak asas yang cepat mengering.
Dalam bersolek jangan sesekali menggunakan jari sama ada mencampurkan warna atau mengambil warna dari bekasnya kerana ia akan tidak akan membantu mencantikkan wajah.
Teknik Bersolek
Langkah pertama:
Sesetengah orang gemar memantis dan melukis kening (walau sebenarnya dalam Islam hukumnya haram). Bagi mereka yang bukan Islam, kening yang dipantis harus bersesuaian dengan wajah supaya penampilan anda tidak kelihatan lucu. Mereka yang berwajah kecil, kening yang dipantis dan dilukis terlalu tinggi. Bagi mereka yang berwajah panjang, kening dipantis berbentuk lurus menghala ke bahagian atas telinga.
Bagi yang berwajah bulat, kening dipantis jatuh mengarah ke pertengahan telinga. Wajah berbentuk bulat, kening dipantis lekuk ke bawah mengarah ke cuping telinga. Manakala mereka yang berwajah bulat, kening dipantis lekuk mengarah ke bahagian atas telinga.
Langkah kedua:
Solekan wajah bermula dengan mata. Untuk mendapatkan gaya mata menawan gunakan warna-warna seperti beige atau putih untuk disapu pada seluruh bahagian kelopak mata.
Ia juga boleh digunakan sebagai asas untuk memastikan solekan kekal lama. Langkah itu diikuti dengan sapuan warna yang lebih gelap di bahagian hujung mata. Kemudian ‘tajamkan’ penampilan mata dengan celak.
Setiap orang ada warna pilihan. Tetapi ingat setiap warna memiliki impak tersendiri pada penampilan. Jika anda rasa warna yang dipilih itu salah, jangan padam kerana wajah bukan kertas sebaliknya sapukan dengan warna putih atau beige sebelum meletakkan sapuan warna yang betul.
Langkah ketiga:
Jangan gunakan pemerah pipi berwarna pink jika warna kulit tidak senada. Manakala untuk penampilan yang lebih tenang, pilih pemerah pipi jenis ‘shimmer’. Memakai pemerah pipi harus dengan berus dan ditekan-tekan ke wajah beberapa kali. Jangan sapukan, kerana ia akan membuatkan bedak dan bedak asas hilang.
Langkah keempat:
Gunakan penggaris bibir untuk membentuk garisan luar bibir bermula dari garis luar ke arah lekuk bibir di bahagian atas. Untuk bibir yang kelihatan penuh dan sesual, jangan lukis lekuk bibir sebaliknya lukis secara selari sebelum tekap sedikit gloss di bahagian tengah bibir. Ia akan membantu bibir kelihatan besar dan menarik.
Secara teorinya, penggaris bibir akan menajamkan garisan bibir. Gunakan gincu berwarna lembut untuk penampilan yang kelihatan sopan dan anggun tetapi guna warna terang untuk penampilan yang menyerlah.
Tips :
Warna sejuk – berorientasikan nada biru seperti putih, pink, biru, ungu dan perak
Warna panas – berorientasikan nada kuning seperti beige, kuning, perang, hijau dan merah
Jangan gunakan tangan untuk mencampurkan warna sebaliknya gunakan berus yang sesuai
Basuh berus dengan perapi rambut dan jemur dengan cara membaringkannya.
Guna warna yang terang untuk bibir tetapi warna yang lebih lembut pada mata.
Petua Untuk Tampak Hebat
1. Pastikan jangkamasa bersolek tidak lama iaitu antara 10 hingga 15 minit saja.
2. Pemakaian mekap nipis saja atau natural, jangan terlalu tebal dan keterlaluan.
3. Bersenam atau berkunjung ke gimnasium boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan wajah juga akan nampak sihat.
4. Jangan kedekut membelanjakan wang untuk membeli baju yang cantik.
5. Amalkan pemakaian pupur wajah dua kali seminggu dan scrub sekali dalam seminggu.
6. Jenama kecantikan pilihan pakar yang sesuai untuk kulit lelaki - MAC, SKII, JPG, Shiseido, Clinique.
7. Pilihlah bedak asas yang tidak mengandungi minyak dan pastikan warnanya sama dengan warna leher anda supaya tidak ketara perbezaannya.
8. Bahagian zon-T wajah senang berminyak, jadi sapukan bedak kompak di kawasan ini bila perlu.
9. Pilihlah pressed powder atau bedak kompak dari warna natural.
No comments:
Post a Comment